Monday, December 6, 2010

Ronaldo & 20 kekasih



MADRID: Seronok betul jadi Cristiano Ronaldo (CR). Sudah tampan, harta berlimpah, dikelilingi pula oleh banyak wanita cantik. Status sebagai bintang bola sepak membuat banyak wanita terpikat pada pesona bintang Real Madrid tersebut.
Sebahagian ada yang  menumpang bercinta dengan CR. Beberapa wanita tersebut hanya ingin "darjatnya" naik di mata media-media Eropah. Ronaldo pun mudah  saja bercintae karana ia sedang menikmati masa mudanya.

Sebahagian lagi ada yang tulus mencintai CR. Hal ini kerana mereka terpikat oleh karisma yang dimiliki pemain antarabangsa  Portugal itu.
Dalam beberapa tahun terakhir, media-media Inggeris dan Sepanyol mencatat bahawa CR telah bercinta dengan  begitu banyak wanita, mulai dari mahasiswa, juru rawat, pemain tenis, artis opera sabun, supermodel, sampai selebriti Hollywood. 
Berikut ini adalah deretan 20 wanita terseksi yang pernah bercinta dengan  Ronaldo:
1. Gemma Atkinson
Gemma mungkin wanita yang paling tulus mencintai CR. Keduanya cukup lama bercinta. Sayangnya, CR mengkhianati artis Inggeris ini dengan beberapa wanita pekerja seks.
2. Luana Belletti
Luana adalah adik bekas  pemain Chelsea, Juliano Belletti. Ronaldo bercinta dengan Luana saat masih mewakili Manchester United tahun 2009. Awalnya hubungan mereka tidak tercium media. Namun, keduanya tertangkap kamera beberapa hari selesai  MU kalah kepada Barcelona pada final Liga Champions.
3. Maria Sharapova
Siapa yang tidak kenal Maria Sharapova. Wanita ini adalah bekas pemain tenis nombor satu dunia asal Russia. Ronaldo bercinta dengan  Sharapova pada 2008 ketika wanita cantik 23 tahun tersebut memenangi terbuka  Australia.
4. Kim Kardashian
Enam bulan lalu, Ronaldo dan Kardashian sedang  berciuman di Madrid dihidu media Sepanyol. Kardashian yang mengunjungi Madrid selama tiga hari menghabiskan hari-harinya ditemani CR . Keduanya bahkan makan malam secara romantis di sebuah restoran ternama.
5. Paris Hilton
Paris dan Ronaldo bertemu di sebuah kelab malam di Los Angeles pada 2009. Keduanya terlibat percumbuan hebat yang diabadikan media-media dalam sebuah foto. Dalam pertemuannya itu, CR mengeluarkan wang sebesar 15.000 poundsterling  untuk memesan minuman dan berpesta semalam suntuk.
6. Letizia Filippi
Filippi merupakan model Itali yang cukup lama bercinta dengan  Ronaldo. Filippi pernah mengatakan kepada CR  bahawa jika dia mampu memenangi gelaran Pemain Terbaik Dunia, maka Filippi akan mengajak Ronaldo menyewa pesawat dan pergi jauh ke suatu tempat terpencil. Di sana mereka melakukan hubungan intim dua sampai tiga jam tanpa henti. 
7. Raffaella Fico
Fico merupakan model Sepanyol yang cukup lama bercinta dengan Ronaldo. Sebelum berhubungan dengan CR, Fico mengungkapkan bahawa dia pernah menjual keperawanannya kepada orang asing sebanyak 1.5 juta dollar AS.
8. Gabriela Endringer
Endringer bercinta Ronaldo tahun lalu. selesai  mereka putus, Endringer mengungkapkan bahawa selama seminggu, Ronaldo menginap di rumahnya. Mereka berdua hanya dua kali meninggalkan kamar.
9. Karina Ferro
Ronaldo dan Ferro bercinta pada 2002-2005. Dalam waktu tersebut, Ronaldo juga bercinta dengan beberapa wanita lain. Namun, hal ini tidak menjadi masalah bagi Ferro.
10. Nereida Gallardo
Dia tidak terkenal sama sekali sebelum bertemu Ronaldo. Keduanya bercinta  pada 2008. Begitu Ronaldo memutuskan wanita ini melalui SMS, nama Gallardo tidak pernah terangkat lagi di media.
11. Isabel Figueir
Figueir bercinta dengan  Ronaldo pada 2005. Hubungan mereka kandas dan kini Figueir telah menikah dengan bintang Benfica, Cesar Peixoto.
12. Diana Chavez
Diana Chavez merupakan artis yang pernah bermain dalam beberapa episod
CSI: Miami. Ronaldo mengencani wanita berambut pirang ini pada 2006.
13. Nuria Bermudez
Nuria sebenarnya bukanlah model seperti kekasih  Ronaldo lainnya. Ia hanyalah seorang agen pemain bola profesional. Ronaldo tetap jatuh hati padanya dan keduanya bercinta  empat  tahun lalu.
14. Niki Ghazian
Ghazian adalah model yang merangkap mahasiswa jurusan undang-undang. Ronaldo  bercinta dengan wanita ini pada tahun 2008.
15. Karina Bacchi
Karina merupakan artis opera dari Itali. Ia bercinta dengan Ronaldo pada 2007.
16. Daniele Aguiar
Aguiar merupakan supermodel asal Brazil. Ronaldo bercinta  pada 2005.
17. Luciana Abreu
Abreu merupakan penyanyi, artis dan pengacara TV. Ia dengan CR selama  tiga tahun lalu.
18. Marina Rodriguez
Rodriguez merupakan Miss Portugal 2004. Keduanya cocok kerana  berasal dari negara yang sama. Sayang, hubungan keduanya hanya bertahan seumur jagung.
19. Imogen Thomas
Thomas merupakan bekas Miss Wales. Ia bercinta dengan  Ronaldo pada 2008.
20. Bipasha Basu
Basu merupakan artis  Bollywood. Ia bercinta  Ronaldo, tiga tahun lalu.

No comments:

Post a Comment